Jawi.

Setahu saya, isu pembelajaran Jawi di sekolah vernakular ini sudah lama selesai melalui resolusi oleh Kementerian Pendidikan yang akhirnya mutamad, dikurangkan kepada 3 muka surat dalam kandungan buku teks di mana ianya tidak akan masuk dalam peperiksaan dan malah pembelajarannya adalah pilihan (optional).

Keputusan muktamad itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu selepas ditekan teruk oleh DAP, MCA, Dong Zong dan NGO-NGO cina yang lain.

Tetapi yang peliknya, apabila gabungan NGO bagi membantah agenda ini baru-baru ini bangkit semula menimbulkan isu ini, maka seolah-olah disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Mah Hang Soon (MCA). Nampaknya peranan Teo Nie Ching (DAP) diambil oleh Mah Hang Soon (MCA) pula apabila berubah kerajaan.

Alasannya cukup tidak masuk akal, iaitu COVID-19 sebagai punca pembelajaran Jawi ini belum dimuktamadkan secara tiba-tiba. Dan mengapa pula Timbalan Menteri pula yang lebih sudu daripada kuah? Apakah MCA mahu meneruskan ‘legasi’ DAP dalam kementerian pendidikan?

Apa yang peliknya, kenyataan Mah Hang Soon ini mula keluar di akhbar-akhbar cina sahaja, sebelum satu portal akhbar Melayu yang perasan akan perkara ini dan menterjemahkannya. Modus operandi ini memang sama sebagaimana yang diamalkan oleh Teo Nie Ching dahulu.

Maka, saya tertanya-tanya, mengapakah jawatan Timbalan Menteri Pendidikan ini seolah-olah dikhaskan kepada parti-parti politik cina atau pro-vernakular? Apakah jawatan ini sebenarnya menjadi benteng penghalang kepada agenda sistem satu aliran pendidikan di negara kita? Kita tidak mahu jawatan ini menjadi ‘jawatan tradisi’ parti-parti atau kelompok tertentu kerana terbukti merosakkan sistem pendidikan negara.

Sedarlah wahai rakyat semua, kita perlu sentiasa memerhati dan cakna apa pemimpin kita lakukan, tidak kiralah PH atau PN. Apa yang salah, kita perlu suarakan. Jika tidak, mereka akan selesa bermaharajalela membuat sesuka hati mereka.

Inilah peranan NGO-NGO Melayu Islam, sebagai ‘check and balance’ akan apa jua polisi-polisi kerajaan terutamanya berkenaan agenda Bumiputera dan Islam tatkala pembangkang hanya membangkang tanpa ‘substance’ dan malah sibuk bergaduh sesama sendiri. Oleh itu, kerajaan perlu ambil serius akan teguran-teguran NGO-NGO jika ikhlas mahukan ‘check and balance’ bagi menambahbaik polisi negara.

Wallahu’alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
18 Jun 2020


Sumber:

COVID-19 punca Jawi belum tentu diajar di vernakular tahun depan

https://m.malaysiakini.com/news/530624

https://www.ismaweb.net/2019/08/08/khat-hanya-dalam-buku-teks-tiada-peperiksaan-maszlee/

Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu – KPM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/592307/keputusan-perkenal-seni-khat-tulisan-jawi-muktamad-pm

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s